top of page

Koloborasi Ayuh Malaysia - Save Kelantan bentuk momentum baharu



Satu Koloborasi atau kerjasama strategik dijangka di bentuk antara pasukan Ayuh Malaysia di bawah kendalian Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dan Save Kelantan yang dinaungi oleh tokoh politik handalan Datuk Husam Musa.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu, Zinda Khalil Sastro Hassan, perjumpaan awal yang diadakan semalam antara Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan Husam mungkin akan membentuk satu kekuatan baru dalam politik Kelantan selepas ini.


"Perbincangan kami menjuruskan kepada banyak permasalahan dan penyelewengan yang berlaku di Kelantan. Datuk Husam melalui Save Kelantan sudah mula mendedahkan ketidakadilan, kezaliman dan penyelewengan kerajaan negeri Kelantan.


"Husam mendedahkan terdapat 'ular sawa' yang nampak baik tetapi kenyang dengan pelbagai salahlaku dan penyelewengan.


"Husam akan terus membuka dan menyebarkan setiap penyelewengan yang berlaku di dalam Kerajaan Negeri," katanya yang turut serta dalam pertemuan itu.


Tambah Zinda yang juga calon Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, di pihak Ayuh Malaysia kerjasama dengan Save Kelantan amat penting kerana pada 1 Julai ini Rafizi akan memulakan gerak kerja pra pilihan raya umum secara besar besaran dan Save Malaysia boleh beraksi sebagai tuan rumah di Kelantan.


"Kami dalam KEADILAN sentiasa menyokong dan akan bekerjasama demi rakyat Kelantan


Ayuh Malaysia melalui Rafizi akan memulakan gerak kerja pada 1 Julai ini. Ayuh Malaysia memerlukan ramai sukarelawan bagi menjayakan agenda menyelamatkan Malaysia.


"Kita berharap kolaborasi di antara Ayuh Malaysia dan Save Kelantan akan mencipta satu momentum baru untuk rakyat negeri ini," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page