top of page

Kolaborasi kesihatan awam - swasta akan dipertingkat - Dr Dzulkefly



Kolaborasi antara fasiliti kesihatan awam dan swasta bakal dipertingkat bagi mendapatkan khidmat pakar diperlukan khususnya dalam bidang pembedahan kardiotorasik.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) berkata, kolaborasi itu penting berikutan khidmat mereka yang begitu diperlukan masa kini, ketika mana kekangan jumlah pakar yang ada dalam fasiliti kesihatan kerajaan.


"Saya secara peribadi yang mengalas tugas menteri memandang perkara ini sangat penting. Namun yang saya mahukan supaya yang kita kendong (yang masih ada dalam perkhidmatan) ini mesti jangan sampai tercicir. Mereka yang dikejar di luar negara itu, mahu kita dapatkan juga.


"Tetapi yang mustahaknya adalah untuk KKM menampilkan satu pakej yang bukan saja dari sudut kewangan, tapi dari segi masa depan profesion mereka.

"Sementara kita boleh bagi elaun, imbuhan, lokum dan 'on call' atau 'active call', tapi akhirnya yang kita mahukan bukan mereka dapat terus berkhidmat, tetapi kita mahukan nilai murni untuk mereka kekal walaupun berdepan kekangan," katanya dipetik di Dewan Rakyat pada Selasa.


Sementara itu Dr Dzulkefly turut memaklumkan seramai 23 pegawai perubatan KKM sedang mengikuti pengajian kepakaran dalam bidang pembedahan kardiotorasik, manakala seramai 1,938 orang pegawai perubatan sedang mengikuti pengajian kepakaran berkaitan bidang keluarga.


"Bagi 2020 hingga 2024, anggaran perbelanjaan biasiswa bagi pegawai perubatan KKM yang mengikuti pengajian kepakaran dalam bidang pembedahan kardiotorasik berjumlah RM2.6 juta, manakala bidang perubatan keluarga pula berjumlah RM68.1 juta.


"Berhubung penyediaan prasarana latihan, tiada kos dibelanjakan dengan prasarana latihan bagi kedua-dua bidang berkenaan kerana pengajian adalah menggunakan fasiliti KKM dan universiti awam," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page