Kluster tempat kerja bertambah, apa tindakan Kementerian Sumber Manusia?



Peningkatan kes Covid 19 dalam kluster tempat kerja yang naik mendadak sejak kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan.


Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, masalah itu telah dibangkitkan beliau pada Disember tahun lalu namun tindakan Kementerian Sumber Manusia sehingga hari ini belum memuaskan.


"Seperti yang diumumkan oleh kerajaan semalam, 16 kluster baharu telah dikenal pasti. 11 daripada 16 kluster ini adalah kluster tempat kerja.


"Saya maklum yang Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia telah mengeluarkan garis panduan pencegahan Covid-19 di tempat kerja. Saya pernah membangkitkan isu ini dalam kenyataan media bertarikh 22 Disember 2020.


"Tetapi, dengan jumlah kes dan kluster yang membimbangkan ini, Kementerian Sumber Manusia wajar tampil dengan laporan pematuhan garis panduan oleh majikan dan statistik kemajuan sekarang," katanya.


Menurut Syed Ibrahim lagi, kluster tempat kerja merupakan punca jangkitan utama Covid 19 terutama dalam kes kilang membuat sarung tangan di Selangor.


Namun selepas tempoh itu, mengapakah kluster tempat kerja terus menunjukkan peningkatan, apakah SOP terus-menerus dilanggar di tempat kerja?


"Kluster tempat kerja ini bukan cerita baharu. Beribu kes aktif datangnya dari kluster ini. Sekarang macam mana?" tanyanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
1638
3
1449
Total
349,610
1286
333,892

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
634,746
6,993
432,526
Total
130,914,490
2,852,527
105,374,969

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER