top of page

Kluster kayangan langgar SOP lagi, tidak pula dirantai seperti jemaah solat Aidiladha


Kluster kayangan sekali lagi buat kecoh melanggar Prosedur Operasi Piawai (SOP) Covid 19 dengan makan 'berkumpulan' di restoran.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir bertanya benarkah Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon sekali lagi melanggar SOP selepas kejadian 'makan durian' di Batu Pahat, tempoh hari.

"Rakyat yang terkhilaf melakukan kesalahan tiada budi bicara, denda jauh lebih tinggi daripada Menteri, siap ada yang direman dan digari!


"Apa jadi dengan ‘kenduri durian’ sebelum ini?


"Saya sendiri telah buat laporan polis pada 30 Jun 2021 tetapi sehingga kini masih tidak tahu apa hasil siasatan," katanya di Facebook.


Dalam pada itu, netizen yang juga aktivis AMK, Adzman Kamaruddin mengungkit tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa ke atas 49 jemaah solat Hari Raya Aidiladha di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang yang digari dan dirantai ketika diiringi untuk mendapatkan perintah reman.

Jemaah solat Aidiladha dirantai

"Ditahan kerana ingkar SOP Solat Hari Raya Aidiladha dan diperlakukan sebegini rupa.


"Inilah legasi pemerintahan Perikatan Nasional. Kerajaan paling bangsat pernah memerintah Malaysia," ciap Adzman di Twitter di samping mengepilkan gambar beberapa orang mengenakan baju lokap polis yang dibawa ke mahkamah.


Adzman juga mengepilkan gambar kluster makan durian di Johor dan mempersoalkan mengapakah mereka tidak menerima layanan sama.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page