top of page

KL - Tokyo tingkat hubungan dua hala, jalin perkongsian strategik

Updated: Dec 17, 2023



Oleh: Helmi Mohd Foad


Malaysia dan Jepun mengumumkan penaiktarafan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik komprehensif yang akan membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata kerjasama itu membabitkan sektor ekonomi, pertahanan dan keselamatan, sains, teknologi, inovasi dan persekitaran serta pertukaran budaya.


"Kami turut membincangkan kaedah untuk mengembangkan lagi kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, tenaga dan alam sekitar.

"Saya juga menggunakan kesempatan yang ada bagi menghargai sokongan dan solidariti Jepun bersama-sama Malaysia terhadap konflik Palestin-Israel yang menuntut gencatan senjata segera," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Terdahulu Perdana Menteri dan rakan sejawatnya Fumio Kishida mengeluarkan kenyataan bersama mengenai peningkatan hubungan Malaysia-Jepun kepada kerjasama komprehensif strategik.


Kenyataan itu diberikan sebelum kedua-dua pemimpin itu menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran nota Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan bersama dengan Jepun akan menyediakan peralatan pemantauan dan pengawasan untuk Malaysia.


Kedua-dua pemimpin juga menyaksikan pertukaran memorandum kerjasama mengenai Pembangunan dan Aplikasi Angkasa Lepas antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA).


Pertemuan dua hala itu merupakan sebahagian program lawatan kerja selama lima hari Perdana Menteri bermula hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.


Perdana Menteri berkata lawatan hari pertamaa ke Tokyo itu penuh bermakna dan mustahak untuk Malaysia memastikan hubungan dengan Jepun terus maju dan menarik minat lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia amat menghargai komitmen Jepun kepada rantau ini termasuk Malaysia sejak 1980-an yang telah menyumbang kepada pertumbuhan rantau ini dan negara.


"Saya amat menghargai hubungan Malaysia-Jepun dan gembira dengan komitmen serta kerjasama meluas yang ditunjukkan Jepun dalam perdagangan dan pelaburan di rantau ini," katanya.


Beliau berkata Jepun juga telah memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia sejak tahun 1980-an, menerusi pelaburan sektor swasta.


Sementara itu, Kishida merakamkan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas layanan yang diberikan ketika lawatan beliau ke Malaysia baru-baru ini dan peranan penting dimainkannya dalam membentuk ASEAN seperti yang ada sekarang selain mahu melihat penglibatan lebih besar Jepun dalam pertubuhan serantau itu.


Terdahulu pada majlis menandatangani dan pertukaran nota Peningkatan Kapasiti Keselamatan itu, Malaysia diwakili Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan manakala Jepun diwakili Menteri Luarnya Yoko Kamikaway.


Pertukaran memorandum kerjasama angkasa pula menyaksikan Ketua Pengarah MYSA Azlikamil Napiah mewakili Malaysia dan Presiden JAXA Hiroshi Yamakawa bagi pihak Jepun.


* Kredit foto: Sadiq Asyraf/PMO

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page