top of page

KKR peruntukkan RM50 juta baiki kerosakan jalan akibat banjir



Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan lebih RM50 juta bagi kerja-kerja membaik pulih jalan runtuh dan rosak di seluruh negara yang terjejas semasa banjir baru-baru ini.


Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata peruntukan kos tersebut melibatkan 81 projek di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.


Jelasnya, Kelantan merupakan negeri paling terjejas teruk dengan banyak kerosakan jalan persekutuan dilaporkan termasuk runtuhan di KM 73.85 Jalan Dabong-Jeli (FT 66).

"Keseluruhan kos baik pulih jalan-jalan yang rosak akibat banjir di Kelantan berjumlah RM10.6 juta. Kita sudah membuat kajian dan kerja baik pulih memerlukan peruntukan lebih RM50 juta, yang mana ada projek sudah mula dilaksanakan," katanya.


"Banjir yang melanda semenanjung pada Monsun Timur Laut (MTL) terutama di negeri pantai timur menyebabkan kerosakan jalan, runtuhan cerun dan tanah runtuh," katanya dipetik pada sidang akhbar selepas lawatan bagi melihat kemajuan kerja pemasangan jambatan panel keluli bermodular atau 'Bailey bridge' di Jalan Dabong - Jeli pada Sabtu.


Sementara itu menurutnya, pihak kementerian menjangkakan projek pembinaan semula jalanDabong-Jeli dapat disiapkan dalam tempoh terdekat pada April ini .


"Kementerian prihatin untuk menyegerakan projek baiki pulih terutama di Jalan Dabong - Jeli dengan kos RM700,000.


"Jalan yang runtuh ini dilalui kira-kira 10,000 kenderaan setiap hari dan bagi memudahkan penduduk, laluan sementara iaitu jambatan Bailey dibina bagi memudahkan pergerakan penduduk dan dijangka siap Rabu ini.


"Pada masa sama, jalan kekal juga giat dilaksanakan yang mengambil tempoh lebih dua bulan untuk disiapkan," katanya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page