top of page

KKM perluas penggunaan IT dalam perkhidmatan kesihatan




Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat (IT) dalam perkhidmatan yang ditawarkan oleh kementerian itu.


Menurut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, salah satu yang dikembangkan ialah memperluas penggunaan MySejahtera dalam pendaftaran janji temu bagi perkhidmatan berhenti merokok, rawatan pesakit luar, perkhidmatan perancangan keluarga, prosedur rawatan luka dan penukaran tiub, saringan kesihatan kebangsaan, saringan kesihatan PeKa B40 juga beberapa khidmat lain.


"Sejak pelaksanaan mulai Oktober 2022, sebanyak 26,990 slot janji temu telah ditempah menggunakan sistem ini.


"Dengan sambutan yang menggalakkan ini, maka KKM akan memperluaskan lagi skop perkhidmatan aplikasi MySejahtera bagi pendaftaran janji temu," katanya dalam ucapan amanat tahun baharu Kementerian Kesihatan pagi tadi.


Satu lagi perkhidmatan yang diperluaskan KKM adalah konsultasi klinikal secara dalam talian (virtual clinic) di 100 klinik lagi menjadikan keseluruhannya sebanyak 370 klinik di seluruh negara


Begitu juga dengan pelaksanaan di klinik pergigian, kata Dr Zaliha, perkhidmatan Teledentistry (virtual clinic) akan dilaksanakan di 114 Klinik Pergigian dan sistem Janji Temu dalam talian di 239 Klinik Pergigian di seluruh negara akan dimulakan.


"Saya ingin mensarankan agar virtual clinic ini dikembangkan penggunaanya kepada perkhidmatan rawatan psychiatry yang sering dikaitkan dengan stigma.


"Rawatan sebegini adalah lebih menyelesakan kepada kedua-dua pihak termasuk pesakit dan keluarga, serta anggota perawat atau doktor. Ini juga dapat mengurangkan kes-kes “default treatment”," katanya.


Selain itu, Dr Zaliha juga melancarkan suatu inisiatif baharu yang sangat praktikal iaitu “Label Ubat Mesra OKU Penglihatan” yang dicetak secara BRAILLE.


"Label ini diwujudkan bagi memudahkan Orang Kurang Upaya Penglihatan mendapat maklumat yang bukan sahaja cepat tetapi tepat mengenai ubat dan preskripsi keatasnya.


"Langkah ini selaras dengan matlamat di bawah Malaysian Patient Safety Goals 2.0 - Medication Safety: Medication without Harm”. Malaysia merupakan antara negara terawal di Asia yang memperkenalkan label ubat yang mesra OKU penglihatan.


"Buat permulaan, insiatif ini akan dilaksanakan di 250 klinik kesihatan di seluruh negara yang akan memanfaatkan seramai 55,000 OKU Penglihatan," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page