Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan komitmen yang ditunjukkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap para pegawai perubatan kontrak.
Presiden KEADILAN itu berkata, isu kebajikan seharusnya dipandang serius, kerana ia melibatkan jaminan pekerjaan dan peluang bagi mengembangkan kerjaya.
“Pemerintah seharusnya segera menyelesaikan soal faedah yang tidak sepadan yang dilaporkan para petugas kesihatan.
“Adalah sangat tidak wajar apabila pegawai perubatan kontrak tidak mendapat faedah yang sama seperti pegawai tetap yang lain.
“Amalan dua darjat seperti ini tidak harus diamalkan tatkala beban tugas yang dipukul insan-insan ini sangat berat di saat pandemik, dan KKM mesti ambil langkah yang lebih proaktif dan prihatin terhadap kebajikan mereka,” katanya.
Juster, Anwar menuntut menteri bertanggungjawab untuk segera menjawab persoalan-persoalan tersebut dan menangani permasalahan serta pulihkan kepercayaan mereka.
“Di saat kemelut seperti hari ini, kita sangat memerlukan komitmen dan semangat mereka, justeru hal kebajikan mereka bukan perkara yang boleh dipandang remeh,” katanya.
Comments