top of page

KKM perlu jawab penularan kes Covid-19 di Taman Negara Mulu


Ketua Penerangan KEADILAN Baram, Dennis Along menuntut penjelasan daripada pihak Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat Negeri Sarawak, Bahagian Miri dan Daerah Marudi berhubung penularan Covid-19 di Taman Negara Mulu.


Beliau berkata, maklumat daripada akar umbi mengatakan bahawa sebahagian penduduk yang tinggal di kawasan Taman Negara Mulu terpaksa dikuarantin di hotel tertentu persekitaran Taman Negara tersebut kerana jangkitan Covid-19.


"Walau bagaimanapun, berdasarkan lapran harian tentang jangkitan Covid19 di Daerah Marudi, hanya satu kes sahaja dilaporkan semalam, sedangkan Daerah Marudi juga merangkumi kawasan Taman Negara Mulu dan kampung-kampung sekitarnya.


"Pada hari ini, maklumat akar umbi juga menunjukkan bahawa kanak-kanak sekolah di SK Batu Bungan, Mulu telah melalui "swab test" kerana ada guru tertentu yang dikatakan positif Covid-19.


"Oleh itu, KEADILAN Baram menuntut pihak berwajib untuk tampil memberi maklumat yang jelas dan telus untuk pengetahuan orang awam khususnya mereka yang berulang-alik membekalkan keperluan makanan, minuman dan barang-barang keperluan ke kawasan Taman Negara Mulu," katanya.


Tambahnya, maklumat yang jelas juga membolehkan orang awam bertindak dengan penuh waspada dan menyertai usaha pemutusan rantaian Covid-19 dengan pematuhan SOP, vaksinasi dan duduk di rumah.


"Selanjutnya, ketelusan maklumat ini adalah penting untuk orang awam atau pelancong yang bercadang untuk mengunjungi Taman Negara Mulu sebaik sahaja industri pelancongan dibuka semula nanti," katanya.


Untuk rekod, Taman Negara Mulu hanya boleh dicapai melalui pengangkutan udara dan sungai.


Kampung paling dekat dengan Taman Negara Mulu ialah kampung Penan Batu Bungan, kampung Berawan/Tering Sg Melinau dan kampung Penan Long Iman.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page