top of page

KKM perketat pemeriksaan masuk makanan import dari Jepun



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengetatkan pemeriksaan terhadap produk makanan berisiko tinggi yang diimport dari negara Jepun untuk analisis kandungan bahan radioaktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata semua produk diimport dari negara itu bakal dikenakan pemeriksaan Tahap 4 (Pengawasan) di pintu masuk negara susulan pemakluman tindakan pelepasan sisa air radioaktif terawat bermula hari ini oleh pihak berkuasa Jepun.


"Berdasarkan data KKM, dalam tempoh 2022 sehingga Jun lalu, produk makanan ikan dan hasilan ikan adalah antara produk tertinggi diimport dari Jepun.


"Ia disusuli dengan produk buah-buahan, sayur-sayuran dan selebihnya adalah makanan dan minuman terproses dengan nilai keseluruhan iaitu RM 880,115,437.


"KKM peka dan prihatin terhadap keresahan pengguna terhadap perkara ini. Dalam hal ini, KKM sentiasa menjalankan pemantauan di pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan keselamatan makanan adalah terjamin," katanya dalam kenyataan.


Keputusan Jepun untuk melepaskan sisa air radioaktif terawat mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa negara di Lautan Pasifik.


Pihak berkuasa negara itu bagaimanapun menjelaskan ia adalah mengikut standard keselamatan Jepun yang akan dilaksanakan secara berperingkat dan mendapat kelulusan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 4 Julai lalu.


Sementara itu menurut Muhammad Radzi, di Malaysia cemaran radionuklid adalah dikawal di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.


Manakala standard antarabangsa Codex telah mengeluarkan General Standard for Contaminants and Toxins in Food and Feed, CXS 193-1995 sebagai panduan untuk kawalan cemaran radionuklid dalam makanan.


"Susulan insiden letupan loji nuklear akibat gempa bumi yang berlaku di Fukushima, pada tahun 2011, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan pemantauan ke atas produk makanan yang diimport dari Jepun bermula Mei 2011 sehingga April 2012.


"Satu program pemantauan khusus turut dijalankan pada 2019 di mana sebanyak 102 sampel telah dianalisis dan kesemua sampel didapati tidak melebihi kadar yang telah ditetapkan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page