top of page

KKM lulus RM350,000 untuk baiki klinik daif di Terengganu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 16, 2023
  • 1 min read


Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan RM350,000 untuk membaiki klinik kesihatan daif di Terengganu.


Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, daripada jumlah itu RM200,000 diperuntukkan bagi melaksanakan kerja pendawaian semula dan naik taraf sistem elektrik di empat buah klinik kesihatan yang daif, di negeri itu.


Selebihnya diluluskan bagi tujuan pembelian peralatan perubatan, untuk kegunaan klinik-klinik kesihatan di negeri berkenaan.


"Setelah mendengar permintaan daripada Pengarah Kesihatan Negeri (Datuk Dr. Kasemani Embong), saya bersetuju untuk luluskan segera peruntukan tersebut (RM200,000) bagi kerja naik taraf sistem elektrik di Klinik Kesihatan Seberang Takir, Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, Klinik Desa Pengadang Baru dan Klinik Desa Medan Jaya.


"Kita (KKM) bagi ini bukan untuk apa, tapi untuk kemudahan penduduk di Terengganu," katanya dipetik.


Dr Zaliha berkata begitu pada sidang media selepas melawat Klinik Desa Pulau Bahagia di sini, dalam lawatannya ke projek pembaikan klinik dan fasiliti daif di Terengganu pada Sabtu.


Pada masa sama, Zaliha berkata KKM telah mengenal pasti 112 fasiliti kesihatan daif di Terengganu merangkumi Klinik Kesihatan, Klinik Desa dan Klinik Pergigian dan sehingga semalam, sebanyak 58 daripadanya telah terlibat dalam inisiatif pembaikan melibatkan peruntukan berjumlah RM8.9 juta.


"Setakat ini 21 telah siap sepenuhnya, manakala 36 buah lagi sedang dalam fasa pelaksanaan. Pembaikan selebihnya (54 buah) akan dipertimbangkan untuk dimulakan pada tahun hadapan dan 2025," katanya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page