top of page

KKM lancar Pelan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas, Dementia



Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas KKM 2023-2030 dan Pelan Tindakan Dementia 2023-2030 pada Selasa.


Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelan tersebut mengariskan strategi-strategi pemerkasaan penjagaan kesihatan supaya golongan itu dapat kekal sihat dalam komuniti.


Susulan itu program pencegahan dan penjagaan diri serta melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif berteraskan penjagaan berpusatkan pesakit (patient-centered care) akan digerakkan.


"Mustahak untuk saya tekankan kedua-dua tindakan ini menggariskan langkah strategi serta bagaimana kita memperkasakan kesihatan warga emas.


"Kesemua ini penting bertepatan dengan istilah pendekatan kesihatan yang menyeluruh yang mana kita menumpukan kepada keperluan perjalanan pesakit di usia senja mereka," katanya dipetik pada majlis sambutan Hari Warga Emas peringkat KKM 2024, di Putrajaya semalam.


Malaysia dijangka mencapai status negara menua pada 2035 apabila 15% daripada penduduk merupakan warga emas.


Sambutan Hari Warga Emas tahun ini bertemakan ‘Sihat Madani Di Usia Emas’ memfokuskan kepada aktiviti promosi kepentingan penuaan sihat dan bermaruah yang perlu bermula dengan pencegahan penyakit terutamanya penyakit tidak berjangkit (NCD) sejak usia muda, serta pembudayaan hidup sihat melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).


Selaras dengan hasrat tersebut, KKM sedang menambah baik Garis Panduan Pelaksanaan Kelab Warga Emas bagi kesemua 256 Kelab Warga Emas yang kini aktif di bawah kementerian.


Dijangka siap menjelang 2025, garis panduan itu antara lain bertujuan memperkasakan penjagaan kendiri kesihatan warga emas agar kebolehan berfungsi terus kekal dan kemerosotan dapat dilambatkan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page