top of page

KKM laksana Operasi Ramadan, pastikan jualan berbuka selamat dimakan



Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan Operasi Ramadan 2024 serentak di seluruh negara dengan membuat pemeriksaan di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual sentiasa terjamin.


Kementerian itu dalam kenyataan berkata, operasi tersebut melibatkan pemeriksaan premis serta pensampelan makanan bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual adalah selamat serta mematuhi Akta Makanan 1983 dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).


"Aktiviti pemeriksaan di sepanjang rantaian makanan meliputi peringkat sumber bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga yang telah dilesenkan oleh PBT telah bermula sebelum Ramadan lagi.


"Ia teruskan dengan aktiviti pemeriksaan di premis tumpuan seperti hotel yang menyediakan bufet Ramadan, premis pembekal bahan mentah dan premis penyediaan ais," kata kenyataan itu hari ini.


Kata kenyataan itu penganjuran taklimat keselamatan makanan turut diadakan kepada pengendali bazar Ramadan bagi memastikan mereka mendapat suntikan pelalian anti tifoid dan menjalani latihan pengendali makanan.


"Kempen kesedaran berkaitan keselamatan makanan kepada orang ramai, pengendali dan pengusaha premis bahan mentah, penyediaan makanan, pembekal makanan turut giat dijalankan melalui bahan pendidikan kesihatan, media massa, media elektronik dan media sosial.


"Orang ramai dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan dalam memilih apa sahaja juadah berbuka, sebelum membeli ‘Perhati dan Pilih’ serta amalkan ‘Lihat Hidu Rasa’ kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan," menurut kenyataan itu lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page