top of page

KKM komited pindaan Akta Perubatan dikuatkuasa segera



Kementerian Kesihatan (KKM) komited memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam dikuatkuasakan secepat mungkin.


"Saya tahu Pindaan Akta Perubatan pada 2012 mengambil masa lima tahun dalam penubuhan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Daftar Pakar (NSR) yang bertanggungjawab mendaftar pakar.


"Saya beri komitmen bahawa pindaan akta ini seperti yang diharapkan Ahli Parlimen semua, kita akan lakukan dalam waktu sesegera mungkin bukannya lima tahun," kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 itu.


Rang undang-undang itu bertujuan menambah baik peruntukan dalam proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan khususnya bagi laluan 'parallel'.

Ia dibahaskan 20 Ahli Parlimen dan kemudian diluluskan dengan lebih suara bersetuju.


Dr Dzulkefly sementara itu berharap melalui pindaan itu, tiada lagi selepas ini isu berkaitan kualiti doktor pakar menerusi laluan 'parallel' dibangkitkan.


"Program sarjana perubatan serta laluan 'parallel' memerlukan kelulusan dan pengiktirafan oleh jawatankuasa dan panel khas di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC).


"Proses pengiktirafan dan kelulusan latihan kepakaran baharu yang disediakan IPT (institusi pengajian tinggi) tempatan juga akan diselaraskan dengan proses akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) supaya proses itu dikemas kini, yang sifatnya arus perdana bukan bekerja secara sendirian (silo).


"Inilah yang kita mahukan, keterjaminan kualiti, bukan saja ditentukan dalam aliran umum proses dan jangan lagi ada yang cuba untuk pertikaikan graduan, terutama yang sedang mengamalkan (pakar yang sedang berkhidmat)," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page