top of page

KKM cadang tubuh Suruhanjaya Reformasi Kesihatan


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan bagi meningkatkan perkhidmatan petugas kesihatan.


Menterinya, Dr Zaliha Mustafa (PH - Sekijang) berkata kementerian sedang mengkaji kerangka pelan sistem kesihatan itu supaya selari dengan Kertas Putih Kesihatan yang telah dibentangkan pada 15 Jun lalu.


"Buat masa sekarang kita sedang melaksanakan struktur tadbir urus dan pembentukan pelbagai jawatankuasa yang kita namakan kumpulan kerja teknikal.


"Oleh itu, Suruhanjaya Reformasi Kesihatan ini juga kita sedang perincikan dan mengadakan libat urus bersama dengan pakar-pakar.


"Ia bukan sahaja membabitkan dari KKM tetapi dengan pakar luar kementerian untuk melihat cara bagaimana yang terbaik untuk kita, sama ada untuk kita menubuhkan Suruhanjaya," katanya.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN - Kuala Langat) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat sesi pagi.


Dalam pada itu, Zaliha menjelaskan kementerian sentiasa bersedia untuk dengan apa-apa penularan wabak seperti ancaman virus X.


Jelasnya, walaupun status penyakit berjangkit X masih belum diketahui namun kementerian sentiasa bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan berkaitan ancaman itu.


"Ancaman pandemik X itu adalah satu penyakit belum (diketahui) apa yang akan berlaku.


"Tetapi (KKM) sentiasa bersedia dari sudut membuat persedian untuk apa-apa sahaja untuk kita kemungkinan," ujarnya.


Baru baru ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi peringatan akan wujud virus baharu (virus X) dan meminta negara anggota untuk tidak berlengah mengumumkan wabak baharu yang melanda mana mana negara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page