top of page

KKM arah penguatkuasa pantau penyedian makanan bazar Ramadan



Seramai kira-kira 1,000 penguatkuasa Kementerian Kesihatan (KKM) akan digerakkan bagi memantau penyediaan dan kebersihan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.


Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, selain melakukan pemantauan, pihaknya turut bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memastikan kebersihan makanan dan bazar.


KKM juga memastikan kesemua peniaga mendapatkan suntikan tifoid sebagai langkah menjamin keselamatan makanan.


"Bagi (pengunjung) yang datang membeli pula perlu ada pengetahuan dalam mengenal pasti kualiti dan keselamatan makanan yang disiapkan seperti memerhati keadaan fizikal makanan yang dijual dan menghidu makanan tersebut," katanya dipetik.


Dr Dzulkefly berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Wellnes Hub Terengganu di pekarangan Klinik Kesihatan Seberang Takir, Terengganu pada Sabtu.


Bagi memudahkan orang ramai menyalurkan laporan dan aduan berkaitan bazar Ramadan secara dalam talian, KKM juga akan menempatkan platform khas kod QR di semua bazar.


Sementara itu beliau turut menggesa rakyat terus melakukan langkah-langkah pencegahan di kawasan sesak walaupun KKM tidak menjangkakan kes berkaitan Covid-19 akan meningkat kali ini.


"Saya juga ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak berada di tempat yang sesak seperti bazar Ramadan sekiranya tidak sihat atau mengalami gejala seperti batuk," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page