top of page

KKM anjur sesi 'townhall' cari penyelesaian isu mogok



Satu perbincangan 'townhall' akan diatur Kementerian Kesihatan bersama kumpulan doktor yang merancang untuk mengadakan mogok seperti digembar-gembur sebelum ini.


Menterinya Dr Zaliha Mustafa menerusi laman Twitternya semalam memaklumkan, perbincangan itu akan diadakan di bangunan kementerian itu di Putrajaya pada 22 Februari ini dan dijangka berlangsung selama dua jam iaitu bermula dari jam 4 hingga 6 petang.


"Perancangan telah dilakukan, insyaAllah akan diadakan satu sesi 'townhall' bersama Hartal Doktor Kontrak.


"Mereka yang terlibat boleh membuat pendaftaran. Untuk sesi bersama perjawatan sektor kesihatan yang lain, sedang diperinci dalam tempoh terdekat," jelasnya.


Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee sebelum ini membangkitkan kebimbangan mengenai khabar angin akan berlaku mogok dalam kalangan petugas kesihatan.


Howard mendakwa mengetahui perkara itu daripada beberapa doktor berstatus kontrak dan tetap yang kecewa dengan tekanan dihadapi sistem kesihatan di negara ini.


Susulan itu Zaliha pada Rabu menasihatkan pekerja dalam sektor kesihatan awam supaya tidak terlibat dalam sebarang mogok tanpa pemberitahuan kerana ia tidak menyelesaikan masalah.


Sebaliknya beliau mempelawa pihak itu untuk bertemu dengannya bagi membincangkan masalah itu.


"Jadi yang terbaiknya kita bersemuka, anda boleh datang kepada saya. Saya minta kepada anda semua, kita berfikir dengan cara lebih matang, lebih baik.


"Boleh datang berjumpa saya, berhubung dengan pegawai, kita bertemu, bersemuka (untuk) selesaikan masalah ini dan semuanya akan mendapat kebaikan daripada perkara ini," kata Zaliha dalam video yang dikongsikan di Tik Tok beliau.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page