top of page

KKD pertimbang pinda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak menolak kemungkinan melakukan beberapa pindaan ke atas Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selari dengan perkembangan semasa.


Menterinya, Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) berkata, pada ketika ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak bagi memperincikan cadangan itu.


"Buat masa ini, KKD kita bukan hanya melihat kepada Seksyen 233 (Akta 588) tetapi keseluruhan Akta (Komunikasi dan Multimedia 1998) itu.


"Penting untuk saya nyatakan Akta 588 digubal pada tahun 1998, waktu Reformasi bermula. Jadi peredaran zaman sudah banyak yang telah berlaku terutama dari segi aspek kawal selia terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Fahmi berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Azli Yusof (PH-Shah Alam) sama ada kerajaan bersedia untuk meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media 1998 untuk mengawal hantaran jelik, fitnah dan hasutan di media sosial.


Mengulas lanjut, beliau berkata, pindaan akta tersebut juga akan menyentuh mengenai kualiti perkhidmatan syarikat telekomunikasi ke arah lebih baik.


"Jadi sebarang pindaan yang ingin kita lakukan kepada akta tersebut bukan hanya pada seksyen 223 sahaja kerana KKD menerima banyak aduan dari segi masalah penyediaan internet yang dihadapi pengguna.


"Justeru KKD akan meneliti kesemua seksyen tetapi ia masih belum diputuskan," ujarnya lagi.


Untuk rekod, Seksyen 233 di bawah Akta Komunikasi dan Digital 1998 (Akta 588) memantau hantaran jelik termasuk penggunaan tidak wajar kemudahan mahupun perkhidmatan rangkaian yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000, penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page