top of page

KKD akan umum pelaksanaan 5G sebelum hujung Mac



Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB) sebelum hujung Mac ini.


Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pengumuman pelaksanaan itu akan disusuli dengan beberapa penambahbaikan terhadap perkhidmatan itu.


DNB ketika ini jelasnya sedang meneliti dan menilai pilihan yang ada bagi memastikan pelaksanaan itu bukan hanya mencapai sasaran 80 peratus tetapi diperluas kepada kawasan berpenduduk di seluruh negara.


"Kita nak pastikan tiada kesan negatif kepada kewangan negara dan kita harap menjelang 2025, sekurang-kurangnya 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk," katanya Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.


Menurut beliau lagi, pelaksanaan itu bagi membantu pengurusan perusahaan syarikat dan kilang berkomunikasi dengan pantas sekali gus meningkatkan produktiviti mereka selain perkhidmatan kepada rakyat secara umumnya.


"Sebelum ini, saya pernah lihat bagaimana 5G boleh dilaksana di peringkat kerajaan tempatan untuk bantu uruskan isu trafik, data sampai ke pusat yang menguruskan lampu isyarat dengan cepat secara masa nyata dan kita tahu keadaan satu bandar itu," katanya.


Disember lalu, Fahmi memaklumkan kementerianya bersama Kementerian Kewangan telah membincangkan pelaksanaan projek 5G dalam mesyuarat sebagai usaha mencari penyelesaian berhubung pelaksanaan perkhidmatan itu.


Dalam temu bual Bicara Naratif bertajuk 'Membina Naratif Baharu' terbitan Berita RTM beliau memaklumkan usaha itu baga memastikan rakyat, sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menggunakan infrastruktur 5G bagi membantu melonjakkan aktiviti perniagaan industri atau kehidupan seharian mereka.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page