top of page

'Kita tidak musuhi ahli Umno, Pas, mereka boleh diberi pencerahan' - Anwar

Updated: Nov 7, 2021



Pakatan Harapan (PH) tidak mengambil pendekatan memusuhi ahli-ahli Pas dan Umno dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu hanya menolak para pemimpin Umno yang rakus kuasa dan rasuah. Sebaliknya ahli-ahli mereka boleh diberi pencerahan dan terbuka untuk mengundi sesiapa sahaja dalam PRN pada 20 November ini.


"Kita tidak mengambil sikap memeusuhi 3 juta ahli Umno dan sejuta lebih ahli Pas.


"Yang kita tentang pimpinan yang rakus. Ahli itu seperti biasa, yang kita kenali masih boleh didekati dan diberi pencerahan bahawa Malaysia harus dipimpin oleh pemimpin Melayu Islam berwibawa tetapi dalam masyarakat yang majmuk.


"Sebagaimana dalam tempoh Kesultanan Melayu Islam Melaka, dan mengambil kira kepelbagaian kaum serta agama sehingga menjadikan Melaka pusat kosmopolitan yang handal dan terkenal di dunia," kata Anwar dalam majlis pengumuman calon KEADILAN dan Amanah di Melaka, petang ini.


Menurut Presiden KEADILAN itu, pendekatan sama juga digunakan oleh PH ke atas bekas 2 ADUN yang menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional Melaka pada awal Oktober lalu.


Katanya, keputusan untuk menerima 2 bekas ADUN Umno itu kerana secara realitinya DUN telah pun dibubarkan dan tidak timbul isu melompat parti. kedua-duanya perlukan mandat baharu setelah menganggotai parti baharu.


"Kedua, kita tegaskan ada kritikan yang dibuat oleh pemimpin politik (terhadap PH) walhal soal penyeberangan ini telah berlaku (lama) di Sabah dan 13 Ahli Parlimen Umno ke Bersatu.


"Kita (dalam hal ini) berbeza. Apa yang berlaku adalah inisiatif pimpinan PH Melaka untuk berunding dengan rakan-rakan yang merasa lemas dengan sistem dan pimpinan Umno yang bobrok, rasuah serta melakukan penyelewengan lalu menarik sokongan (daripada PN)," katanya.


Selain itu, kata Anwar, usaha juga dilakukan dalam PRN kali ini untuk menembusi ke kubu kebal Umno di kawasan lebih 70% Melayu. Usaha tersebut mungkin boleh dilaksanakan dengan mencalonkan bekas ADUN Unmo sebagai calon PH.


"Saya, Mat Sabu dan Guan Eng teliti seara mendalam tentang kesediaan kita menerima rakan kita, bukan memenuhi ajakan politik tetapi sebagai rakan yang sama-sama memenuhi cabaran ini, dan meletakkan asas pentadbiran yang kukuh di Melaka.


"Dengan harapan boleh menerobos kawasan tradisi Melayu yang tidak ditembusi selama ini," katanya lagi.


Anwar dengan itu membacakan nama-nama calon Amanah bagi PRN Melaka:


N70 Bukit Katil, Adly Zahari (Pengerusi PH Melaka)

N09 Durian Tunggal, Datuk Sofi Abdul Wahab, (Timbalan Pengerusi Amanah Melaka, bekas Exco Melaka)

N05 Naning, Zairi Subuh, Pengarah Komunikasi Amanah Melaka

N27 Merlimau, Azrin Abd Majid (Ketua Biro Pendidikan Amanah Melaka)

N26 Serkam Mohamad Khomeini Kamal, Ketua Pemuda Amanah Melaka

N03 Air Limau, Maznah Baharudin (Jawatankuasa Awan Melaka)

N23 Telok Mas, Datuk Asraf Mukhlah Minhad (Setiausaha Amanah Melaka)

N01 Kuala Linggi, Julla Sapiah Kassim

N12 Pantai Kundur, Datuk Nor Azman Hassan

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page