top of page

Kita pernah dipersenda sebagai parti 'nyamuk' - Dr Wan Azizah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 21
  • 1 min read


Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail optimis bahawa parti itu mempunyai potensi untuk menawan Kelantan pada masa hadapan menerusi kerjasama erat parti gabungan.


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, negeri itu yang kini dikuasai pembangkang mampu ditawan menerusi semangat dan komitmen anak muda.


Namun semua cita-cita itu tegasnya perlu dimulakan dengan menarik lebih ramai golongan muda menyertai perjuangan KEADILAN.


"Kita (KEADILAN) pernah dipersendakan sebagai parti ‘nyamuk’. Dahulu kita tidak berapa kukuh dan ramai rakan-rakan (dari parti lain) mengata kita.


"Bukan senang orang hendak undi kita. Anak muda kena ambil alih dan jangan ambil mudah. Kita kena bangunkan parti," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu ketika menghadiri Majlis Hi-Tea Bersama Datuk Seri Dr Hajah Wan Azizah Datuk Dr Wan Ismail di Kota Bahru pada Selasa.


Pada majlis itu Dr Wan Azizah diiringi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor.


Sementara itu dalam ucapannya Dr Wan Azizah menyeru ahli parti sentiasa berpegang kepada integriti dan amanah.


Semua pemimpin yang diberi amanah memegang jawatan dalam parti tegasnya perlu menggunakan kedudukan untuk mengukuhkan parti dan bukannya untuk kepentingan peribadi.


"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji, tapi tidak mengapa... ada elaun sebagai ahli Parlimen, dan beliau tetap bekerja untuk negara," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page