top of page

Kita boleh usahakan kerajaan diperintah beberapa penggal - Salahuddin



Kerajaan Malaysia Madani boleh diusahakan untuk memerintah penuh sepenggal dan kemudian disambung kepada beberapa penggal sekiranya semua pihak dijaga dengan baik dan dilayan secara adil.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang juga Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata untuk memastikan kerajaan terus disokong rakyat maka jentera parti dan pengamal media sosial yang membawa mesej kepada rakyat haruslah dijaga dengan dengan penuh tanggungjawab untuk memantapkan parti.


".... supaya memastikan kerajaan Malaysia Madani ini paling tidak pun boleh memerintah satu penggal.


"Kalau kita berjaya memerintah sepenggal, inshaAllah kita boleh pergi kepada dua, tiga, empat penggal lagi dalam masa akan datang.


"Kalau boleh kita berpenggal penggal kerana kita ada satu kekuatan yang boleh kita bawa kepada masyarakat," katanya dalam ucapan pada Seminar Tarbiyah Rahmah anjuran parti Amanah di Shah Alam.


Sebelum itu, Salahuddin membicarakan keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 lalu yang mana Amanah mencatat pengecilan dari segi jumlah kerusi parlimen yang dimenangi.


Katanya, akibat prestasi itu kuota menteri kepada parti itu juga telah mengecil daripada 5 pada 2018, kepada 2 pada 2022.


"Keputusan pilihanraya, dari 11 kerusi tinggal 8. Tempat Dr Mujahid kalah, Datuk Mahfuz kalah di tampung di tempat lain. Tetapi kita masih parti kecil ketika ini. Itu kita kena sedari.


"Kita semakin mengecil, bila kita mengecil kita hilang saham. Dulu 5 menteri, 5 timbalan. Sekarang 2 menteri, 2 timbalan. Itu kenyataan politik yang kita kena akui.


"Apakah yang menjadi teras kekuatan kita? Sekarang kita mula berfikir dan musuh hari serang kita. Ada kumpulan yang mendoakan kita mati.


"Dulu Pas doakan kita mati tetapi tak mati mati. (Kononnya) 6 bulan parti Amanah akan mati. Alhamdulillah masuk 7 tahun kita tak mati. Kerana kita ada satu idelogi perjuangan kukuh. Iaitu Islam rahmatan lil alamin," katanya.


Menurut Salahudidn lagi, beliau ketika ini berusaha sedaya upaya melalui kementeriannya untuk memastikan Kerajaan Perpaduan berjaya dalam meredakan bebanan hidup rakyat serta kritikan sebelum ini, menjadi pujian sekiranya masalah beban hidup itu diatasi.


Biar pun katanya, beliau berada dalam kementerian yang paling susah namun idea idea baharu untuk mengurangkan kos hidup kini mula menampakkan kesan dan sedikitnya telah mula disukai rakyat.


"Allah takdirkan saya di tempat paling susah. Waktu penyerahan tugas Datuk Alexander Nanta Linggi (bekas Menteri KPDN) kata bersyukur kerana telah tinggalkan kementerian ini, kerana dia hari hari berhadapan emosi rakyat.


"Hari hari berhadapan isu rakyat. Ditambah pula diletakkan satu perkataan slogan 'kos sara hidup' pada kementerian ini. Tetapi Allah sentiasa menolong perjuangan kita," katanya lagi.


Beliau turut memuji Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang memperkenalkan konsep Rahmah ketika kerajaan Pakatan harapan yang lalu dan beliau pada waktu ini mempopularkannya dengan Menu Rahmah, Jualan Rahmah dan sebagainya yang mendapat sambutan rakyat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page