'Kita akan menang selagi dalam kerangka reformasi' - Amirudin



Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan pemergian pimpinan utama parti tidak akan mengugat semangat juang ahli akar umbi selagi mereka terus istiqamah dalam menegakkan agenda reformasi.


Menurut beliau, KEADILAN masih menjadi pilihan utama rakyat Selangor biar pun wujud sedikit masalah sejak Langkah Sheraton pada Februari tahun lalu


“Kita tetap jadi tiang seri di Selangor dan jadi pilihan ramai. Selagi dalam kerangka reformasi, kita akan menang.


“Dalam politik kita tidak boleh terus berpuas hati walaupun sudah menang sebaliknya terus bekerja.. terus bergerak untuk rakyat. Pengundi lebih penting dari calon dan jentera,” katanya dalam majlis makan malam KEADILAN Shah Alam di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.


Majlis penutup siri jelajah Kita Selangor sepanjang hari itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi MPN, Hee Loy Sian; Ketua Wanita negeri, Rodziah Ismail dan Ketua Angkatan Muda Selangor, Najwan Halimi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER