Kit ujian kendiri Covid-19: Ada baik beri percuma kepada golongan berisiko
- Redzuan Shamsudin
- Sep 18, 2021
- 1 min read

Penetapan harga kit ujian kendiri Covid 19 di pasaran merupakan langkah yang baik dilakukan oleh pihak kerajaan.
Namun, menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Faezuddin Puad (gambar kanan sekali), lebih baik sekiranya kerajaan memberikan kit tersebut secara percuma kepada golongan berisiko.
"Saya puji tindakan kerajaan menetapkan harga siling kit ujian kendiri Covid-19 namun bagi penjaja kecil dan keluarga miskin atau B40 harga tersebut masih mahal dan tidak mampu milik.
"Bagi mengatasi isu ini, saya harap kerajaan dapat mengambil inisiatif memberi subsidi tambahan atau agihkan kit ujian kendiri secara percuma mengikut data Bantuan Khas Covid. Sekurang-kurangnya 1 rumah 1 kit ujian
"Program ini pasti akan dapat membantu kerajaan mengenalpasti serta mengasingkan pesakit Covid-19 atau kontak rapat dengan pantas lagi," kata Faezuddin selepas program edaran kit ujian kendiri Covid 19 percuma di sebuah medan selera.

Menurut Penyelaras DUN Kempas itu, KEADILAN Cabang Pulai telah pun memberi secara percuma kit ujian berkenaan kepada peniaga makanan dan golongan yang mudah dijangkiti di kawasan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga pada waktu wabak Covid sedang merebak di Johor.
"Ketua KEADILAN Cabang Pulai merangkap ADUN Bukit Batu merupakan pemimpin KEADILAN terawal yang menterjemah idea ini dengan mengagih kit ujian secara percuma untuk lebih 1,000 keluarga
"Sekarang kita teruskan di Kempas, saya bersama Ketua KEADILAN Cabang Pulai Jimmy Puah dan #TeamKempas melakukannya dengan di Pasar Awam Taman Dahlia
"Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan beban mereka," katanya lagi.
Comentários