top of page

Khutbah raya: Hj Hadi ingkar arahan JHEAT lagi?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 21, 2023
  • 1 min read


Penularan khutbah raya versi presiden Pas Hj Hadi Awang di media sosial menimbulkan persoalan adakah terdapat 2 versi khutbah Hari Raya Aidilfitri di Terengganu.


Menurut Pengerusi Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, hal itu menjadi kontroversi kerana Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah mengeluarkan versi khutbah rasmi yang menjadi panduan untuk digunakan semua masjid serta surau di negeri itu.

Ahmad Nadhir Yob

"Pada masa yang sama Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang pula mengeluarkan teks khutbah Aidilfitri beliau sendiri.


"Persoalan yang timbul kenapa presiden Pas bertindak mengeluarkan teks khutbah beliau sedangkan pihak JHEAT telah mengeluarkan teks khutbah rasmi?


"Tindakan Presiden Pas ini seolah-olah mengingkari arahan JHEAT. Sebelum ini beliau juga telah mengingkari arahan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan menyampaikan kuliah agama di masjid. Perkara ini telah dilarang melalui perkeliling MAIDAM sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.


Ahmad Mudhir berkata, tidak wajar Presiden Pas itu bersikap sedemikian sedangkan partinya melaungkan perjuangan Islam yang syumul.


"Sikap sebegini tidak sepatutnya ada pada pimpinan sebuah gerakan Islam. Menuruti arahan pihak berkuasa selagi tidak bercanggah dengan syarak adalah asas kepada kepimpinan yang kompeten dan amanah.


"Presiden Pas seharusnya akur dengan arahan dan menggunakan teks rasmi khutbah Aidilfitri yang dikeluarkan oleh JHEAT ketika solat sunat Aidilfitri nanti," katanya lagi.


Khutbah raya Presiden Pas itu boleh ditemui di akaun Facebook beliau. Menjadi tanda tanya apakah teks itu akan dibaca di kawasan kawasan tertentu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page