'Khemah besar atau kecil, yang penting khemah stabil' - Anthony Loke



Persoalan sama ada DAP setuju bersama khemah besar atau khemah kecil sebagaimana yang sering dibangkitkan di media tidak perlu terlalu diperdebatkan.


Hal itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dalam wawancara bersama Studio Dahsyat, malam tadi.


Menurut Loke, beliau sering ditanya mengenai persoalan khemah besar tetapi DAP lebih memilih kestabilan politik yang boleh dicapai melalui apa sahaja pendekatan.


"Saya berkali kali dalam pelbagai wawancara media. Ada yang tanya khemah besar atau kecil? Yang penting (bagi DAP) khemah stabil.


"Maksunya apa? Yang penting kerjasama sedia ada (dalam Pakatan Harapan) kita perkukuhkan. Saya jenis reliastik.


"Betul konteks perbincangan khemah besar ada pada 2021. Kita dalam retreat di Port Dickson keluarkan resolusi, kita nak pupuk kerjasama khemah besar.


"Kita nak tarik Pejuang, Warisan. Kita katakan ini dalam konteks pembangkang di Parlimen. Tidak masuk Bersatu sekali (kerana kerajaan), itu sangat jelas. Konsep khemah besar adalah parti pembangkang dalam blog pembangkang di Parlimen," katanya.


Bagaimanapun, katanya, usaha untuk kestabilan pembangkang dan peluang membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) berikutnya secara bersama, telah menemui kegagalan. Parti parti pembangkang tertentu lebih senang bersedirian berbanding berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).


"Dalam usaha itu, selepas Port Dickson kita lalui PRU Melaka dan Johor. Jelas kita ada usaha tarik mereka dan mereka pilih jalan bersendirian seperti Pejuang dan Warisan. Kalau kita dah cuba tetapi tak membuahkan hasil, pilihan kita adalah kukuhkan rumah kita sendiri. Balik kepada asas DAP, KEADILAN dan Amanah. Ini telah bermula 20 tahun lalu sejak Barisan Alternatif, khususnya DAP dan KEADILAN.


"Ada Pas di dalam (Pakatan Rakyat). Orang itu (pemimpin Pas) berada dalam Amanah hari ini, mereka aktivis ketika itu. Itu yang kita mesti perkukuhkan kerana kerjasama ini agak kuat dan ada persefahaman juga kepercayaan antara satu sama lain," katanya.


Ditanya sama ada DAP sanggup bekerjasama dengan Umno sebagaimana dalam jawapan beliau pada satu temubual media baru baru ini, Loke berkata di dalam politik semua perkara boleh berlaku berdasarkan faktor semasa yang berubah ubah.


"Apabila ditanya soalan hipotesis adakah DAP boleh kerjasama dengan Umno, saya kata dalam politik apa pun kemungkinan. Tidak ada yang mustahil.


"Dulu orang tak menyangka kita boleh bekerjasama dengan Tun Mahathir. Itu adalah lumrah dalam politik. Tetapi tidak bermaksud kita ada perancangan atau sudah ada keputusan kerjasama dengan Umno, jauh sekali.


"Saya hanya kata kemungkinan yang boleh berlaku. Terutama dalam konteks politik Malaysia pada hari ini, di mana ramai penganalisis mendakwa kemungkinan tidak ada satu parti pun yang dominan atau boleh membentuk majoriti selepas PRU. Ia dalam konteks begitu," katanya.


Berkaitan cabaran menanggapi pengundi Melayu yang sering menjadi halangan PH untuk mendapat sokongan selesa di kerusi kerusi luar bandar akibat momokan wujudnya DAP, Loke berkata, parti parti Melayu memang sengaja membongsaikan minda Melayu sehingga mereka tidak melihat keutamaan mewujudkan negara yang bersih, telus dan berintegriti berbanding persoalan kaum atau keagamaan sempit.


"Ini cabaran kepada kita dalam PH, termasuk DAP. Bagaimana kita bersama sama membawa fokus rakyat, terutama generasi muda, bukan dari segi kaum, agama tetapi dari segi sama ada orang ini, atau parti ini bersih daripada rasuah.


"Kalau mereka diberi mandat, adakah boleh menjalankan tanggungjawab yang baik. Itu persoalan pokok buat pengundi," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER