Janji calon BN parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri Khairy Jamaluddin ingin melakukan perubahan di dalam parti Melayu itu dijawab secara sindiran oleh Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam ceramah beliau di Sungai Buloh petang tadi, Anwar menjawab secara sinis percubaan Khairy untuk reform Umno kerana beliau yang pernah menjawat Timbalan Presiden Umno pada 1990an dahulu pun dipecat dalam usaha melakukan reformasi dalaman.
"Calon kita (di Sungai Buloh) Ramanan, macam macam mereka serang dia. Saya pun pening nak jawab. Rupa rupanya lawan dia Khairy Jamaluddin.
"Nak reform Umno. Hei Khairy saya dulu timbalan presiden (Umno), penyangak tu tak boleh reform. Kalau nak reform orang baik boleh la. Kalau sama sama sakau 'ngak bisa pak'," katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut mempersoalkan adakah Khairy tokoh yang layak membuat perubahan kerana beliau juga terpalit dengan isu isu tadbir urus yang meragukan di kementeriannya.
"Vaksin (Covid 19). Ada tender vaksin? Berapa orang mati? Vaksin pun sampai sekarang tak jawab. MySejahtera syarikat Singapura (yang bina) belum jawab. Nak mari sungai buluh. Orang Sungai Buluh pintar," katanya.
Anwar juga mengambil kesempatan menjawab hinaan Pengerusi PN, Mahiaddin Yassin yang memngatakan beliau hanya layak sebagai 'PM tepi'
Katanya, beliau menjadi PM tepi lebih baik daripada PM yang sakau wang rakyat
"Kata Mahyuddin Anwar kekal PM tepi selama lamanya. Dia hina saya. Mahyuddin, dengar Anwar jawab. Kamu kata aku PM tepi. Kamu tahu aku boleh jadi PM kalau aku khianat amanah seperti kamu dengan Bersatu tinggal PH dulu.
"Kamu tahu aku boleh jadi PM kalau boleh tulis surat jaminan kepada Najib. Tetapi aku beza dengan kamu, aku tak mahu sanggup jadi PM dengan khianat perjuangan. Lebih baik jadi PM tepi daripada PM sakau," katanya.
Anwar kemudian mempersoalkan rekod Mahiddin ketika menjadi PM yang mengisytihar darurat. Dengan undang undang tersebut, katanya, pentadbiran kerajaan tidak boleh disoal di Parlimen. Dalam tempoh itulah, ujarnya, peruntukan RM580 bilion dibelanjakan.
"Dia kata most successful PM. Berapa kontrak lulus masa darurat? RM580 bilion. Mengapa darurat, sebab tak boleh tanya di parlimen, tak ada akauntabiliti.
"Dia lulus projek tanpa tender, termasuk bawah Menteri Khairy Jamaluddin. Jangan cakap mengenai transparency, kamu sebahagian daripada sistem korup," katanya lagi.
Comments