top of page

Khairy jangan berdalih, Parlimen boleh bersidang pelbagai cara




Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah kesal dengan sikap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang cuba menegakkan hujah 'memurnikan' tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak melakukan mesyuarat Parlimen secara atas talian. Bagi Sivarasa, alasan Perintah Tetap harus dipinda dan secara tidak langsung cuba mempersalahkan Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen dan dipengerusikan oleh Speaker - yang Sivarasa ahli jawatankuasanya - adalah tidak wajar. "(Dalam hal ini) sesiapa sahaja akan menerima bahawa berdepan dengan wabak maka kita menghadapi krisis nasional dengan kadar mendesak, bukannya urusan biasa. Pemerintah di seluruh dunia mengadakan sidang Parlimen dengan cepat untuk menjelaskan cadangan (usul) kesihatan dan kewangan bagi pertanggungjawaban (Parlimen). Tetapi pentadbiran kerajaan PN mengelak perkara itu. "Kerajaan PN adalah pemerintah. Boleh menentukan tarikh dan urutan mesyuarat Parlimen. Tugas Speaker adalah menyusun tempat duduk lihat SO 2) dan aturan prosedur lain untuk kelancaran sidang. "Walaupun (perlu) pindaan kepada SO, semua boleh dilakukan dengan cadangan (pindaan) oleh seorang Menteri pada hari pertama sidang untuk menangguhkan sebahagian SO yang dianggap sebagai masalah (dan akan disokong oleh pembangkang) sehingga sidang dalam talian boleh diteruskan secepat mungkin," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau. Namun sekiranya Parlimen Malaysia memilih untuk terus mengadakan sidang secara konvensional dengan para wakil rakyat hadir di dalam dewan, menurut Sivarasa, terdapat beberapa negara di dunia yang melaksanakannya seperti Kanada. "Berkenaan mengadakan mesyuarat (biasa) Parlimen dalam konteks pandemik sekarang, ada banyak cara untuk melakukannya. "Pemerintah Kanada mengadakan sidang parlimen sesuai dengan jarak sosial, duduk bersama pembangkang untuk menyelesaikan susunan sejumlah anggota dan ia berhasil dengan langkah yang diperlukan," katanya lagi. Sivarasa menggesa kerajaan PN mencari jalan penyelesaian, terutama berkenaan tuntutan pembangkang mengadakan sidang Parlimen dua minggu dan bukannya menunda hingga bulan Julai. Kata beliau, pembangkang akan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan dalam hal tersebut dan menyokong segala bentuk inovasi dalam menguruskan sidang. "Jadi YB Menteri tidak perlu mencari Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat atau memberi pelbagai alasan. Lakukan saja atau terima bahawa anda sebenarnya tidak mahu melakukannya," sinis Sivarasa.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page