top of page

Kg Sg Baru: Tiada penduduk tersisih, rumah siap semua akan kembali

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 9
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Tiada isu jantrifikasi atau penyisihan komuniti asal dalam proses pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang terletak di Kuala Lumpur.


Demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) yang menjelaskan bahawa penduduk asal yang kini berpindah sementara, akan kembali mendiami kampung tersebut sebaik sahaja rumah baharu mereka siap sepenuhnya.


''Ia juga untuk meningkatkan bilangan penduduk asal iaitu generasi kedua, ketiga dan seterusnya yang melibatkan pemilik dan pewaris tanah di kampung tersebut di mana lebihan rumah ganti akan diberikan keutamaan.


''Ini juga saya telah sebut tadi tentang pemberian kepada mereka, di samping itu seperti yang telah saya sebut dalam penerangan tadi, terdapat juga jenis-jenis pembangunan yang mampu dimiliki orang Melayu akan dibina di Kampung Baru, insyaAllah,'' katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) yang menyentuh soal jantrifikasi dalam proses pembangunan semula kampung berkenaan.


Dalam sesi hari ini, Adnan turut memohon agar kerajaan mengadakan rundingan lanjut dengan kumpulan yang tidak bersetuju untuk pembangunan semula Kampung Sungai Baru itu.


Dr Zaliha menjelaskan, pihak kerajaan tidak mempunyai masalah untuk mengadakan rundingan seperti yang dicadangkan Adnan.


''Jawapannya boleh sahaja. Tiada masalah jika pemohonan rundingan itu datangnya daripada kumpulan pemilik itu sendiri atau mana-mana pihak, kita terbuka.


''Cuma saya perhatikan ada pihak ketiga yang sering kali mengapi-apikan isu ini, orang kata lebih sudu daripada kuah.. lebih daripada kumpulan pemilik,'' sindir beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page