top of page

'Kewangan Islam bukan sekadar tolak riba, perlu inovasi, berdaya saing'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 17
  • 1 min read

PM Anwar menyampaikan idea di Forum Ekonomi Antarabangsa Russia-Dunia Islam ke-16 (KazanForum 2025)
PM Anwar menyampaikan idea di Forum Ekonomi Antarabangsa Russia-Dunia Islam ke-16 (KazanForum 2025)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara-negara Islam agar memperkukuh kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran masa depan.


Beliau berkata, dunia Islam perlu menjadi proaktif dalam membangunkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan masyarakat dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.


"Kewangan Islam bukan sekadar menolak riba, tetapi perlu menawarkan inovasi baharu yang relevan dan berdaya saing.


"Ia perlu menjadi alternatif yang berkesan – bukan sahaja untuk dunia Islam, tetapi juga terbuka kepada bukan Islam di dalam dan luar negara," katanya dipetik dalam ucaptama bertajuk 'Digitalisation: New Reality and Additional Opportunities for Expanding Cooperation' pada Forum Ekonomi Antarabangsa Russia-Dunia Islam ke-16 (KazanForum 2025) di Kazan, pada Jumaat.


Sementara itu dalam konteks peralihan tenaga, Anwar menyifatkan kerjasama antara negara serantau, khususnya dalam ASEAN, sebagai contoh kejayaan yang boleh dicontohi oleh dunia Islam.


"Malaysia bertuah kerana kita mempunyai dalam kalangan jiran kami, dalam ASEAN, hubungan yang sangat baik berdasarkan kepercayaan dan bekerjasama.


"Kami untuk memulakan beberapa langkah praktikal, seperti grid kuasa ASEAN. Anda boleh lihat, semangat bekerjasama dalam kalangan negara Islam, dalam kalangan jiran, akan membantu untuk meningkatkan taraf hidup setiap anggota masyarakat," tambahnya.


Pada ucapannya juga Anwar menyentuh soal perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan menegaskan bahawa dunia Islam harus di barisan hadapan dengan pendekatan yang berteraskan nilai dan etika Islam.


Dalam mengharungi cabaran teknologi dan digitalisasi, AI harus diterima pakai dengan kompas moral yang jelas dengan mengambil inspirasi daripada dedikasi junjungan besar Nabi Muhammad SAW terhadap keadilan dan belas kasihan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page