
Oleh: Abdullah Zaid
Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek mengingatkan jentera parti untuk sentiasa memperkukuhkan organisasi biarpun wujud perbezaan pendapat.
Mengakhiri ucapan penggulunganya, Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan (KPM) itu berkata dalam memantapkan organisasi parti, kepimpinan sentiasa terbuka dengan sebarang bentuk kritikan yang membina.
Namun, jelasnya, dalam ruang perbezaan itu perlu disusuli dengan pendekatan yang berhemah dan tidak bersifat provokasi.
"Pesanan Dr Taha Jabir Al-Awani ada menyebut dalam perbezaan pendapat, harus ada iktizam dengan sifat takwa dan jadikan kebenaran satu-satunya tujuan.
"Kedua, adab-adab dalam memilih kata-kata baik dan menghindari kata-kata tajam semasa berselisih pendapat.
"Ketiga, menghindari perdebatan panjang dan berusaha kembali kepada asas yang dibincangkan," kata beliau di dalam ucapan Kongres Nasional KEADILAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berlangsung hari ini.
Selain itu, menyentuh soal pendidikan, Fadhlina berkata, KKM pada ketika sedang giat untuk memperdayakan budaya belajar itu diselami semua lapisan masyarakat.
Justeru, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menyeru agar hasrat yang dibawa KPM disahut sama oleh jentera parti.
"Gagasan utama KPM ialah pemberdayaan ilmu melalui dasar dan visi yang lebih dinamik serta memartabatkan mutu pendidikan.
"Justeru, saya mengajak jentera parti bersama-sama dalam siri jelajah pendidikan ke seluruh negara," ujarnya.
Comentarios