top of page

Ketua Wanita KEADILAN ziarah aktivis Reformasi



Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek baru baru ini melakukan ziarah kasih ke kediaman anggota Wanita Keadilan yang terlibat dalam perjuangan awal Reformasi.


Beliau mengenjungi kediaman Hasemah Amran (gambar atas, empat dari kanan) yang juga anggota Persatuan Rapat Rakyat di Taman Seri Batang Kali, Hulu Selangor. Fadhlina memberi sumbangan penghargaan kepada Hasemah yang menghidapi sakit lutut.


"Ziarah kasih saya hari ini ke rumah Puan Hasemah Amran. Puan Hasemah adalah ahli Persatuan Rapat Rakyat.

"Persatuan yang mengumpulkan aktivis Reformasi awal, di mana penglibatan mereka sangat signifikan dalam memastikan perjuangan lebih 20 tahun ini dapat diwarisi sehingga kini.


"Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka," katanya.


Hasnah (memegang hamper) gembira menerima kunjungan Fadhlina serta rakan rakan Wanita Keadilan

Sebelum itu, Menteri Pendidikan itu menziarahi Hasnah Sulaiman di taman perumahan yang sama, di Hulu Selangor.


Hasnah cedera patah kaki dan menerima sumbangan daripada Fadhlina.


"Ziarah kasih ke rumah Puan Hasnah Sulaiman di Batang Kali. Orang lama menyokong perjuangan Reformasi, menegakkan keadilan dan kebenaran.


"Tiada yang lama, tiadalah yang baru. Orang lama kaya pengalaman, orang baru sarat idea dan tinggi semangat.


"Menghargai pengalaman dan jasa adalah nilai penting yang perlu kita semaikan lebih-lebih lagi dalam diri generasi hari ini," katanya lagi.


Turut hadir dalam ziarah kasih itu adalah Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Malaysia Noraini Nordin, Setiausaha Wanita Keadilan Malaysia Loh Ker Chean dan pemimpin tempatan wanita KEADILAN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page