top of page

Ketua SPRM kata kes rasuah menantu pemimpin PN besar - Anwar



Kes rasuah menantu kepada Pengerusi Bersatu, Mahiaddin Yassin yang kini melarikan diri dianggap kes besar.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hal itu dalam ceramah mega Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan di DUN Paroi, malam tadi.


"Tadi dalam perjalanan dari Sungai Long (kediaman keluarga) ke DUN Chuah, Port Dickson, call dari Ketua Pengarah SPRM. Ini kenyataan sebab menantu lari. Dia sebut di mana (kini berada). Tetapi kes ini kes kecil ke kes besar?


"Dia kata kes besar.... Dah siasat lama? Lama. Dah beri notis? Sudah. Kemudian macam mana dia oleh keluar.


"Dia (pengarah) kata dia (menantu) nak keluar, nak balik semula. Jadi dia tak balik. Bila tak balik apa jadi? Kita beri notis lah," katanya.


Oleh itu, kata Anwar, kes kes besar yang didakwa dan disiasat terkait pemimpin PN itu membuktikan mereka tidak sebersih yang diumumkan dalam kempen Pilihan Raya Umum lalu.


Katanya, kerana slogan bersih itu ramai anak muda percaya dan mahukan kerajaan terbaik.


"Dulu beramai ramai kata kerajaan bersih, yang sakau hanya Zahid orang lain semua tidak.


"Orang ada yang percaya. Anak muda tahun 2022 percaya. Kita nak kerajaan bersih. Bila kita siasat, kerjanya sakau.


"Kerajaan mesti dipimpin orang yang amanah. Kalau nak kaya masuk meniaga. Jangan guna jawatan PM cari kekayaan untuk anak isteri. Kalau buat juga, SPRM ada bukti, dia kena tendang. Bilik saya di (penjara) Sungai Buloh masih kosong," katanya.


Tegas PM, amat penting Kerajaan Perpaduan hari ini tidak terlibat dengan apa apa penyelewengan kerana kedudukan ekonomi Malaysia yang buruk hanya boleh diperbaiki apabila pelabur asing melihat pentadbiran bersih. Bukan semata mata bergantung kepada rakyat Malaysia yang berpendidikan atau berbakat.


Oleh sebab itu, kata PM, Sultan Brunei telah dua kali melakukan lawatan ke Malaysia dan bersetuju melabur membantu ekonomi negara.


Presiden Turkiye pula, katanya, bercadang untuk bersama sama Malaysia berkempen di peringkat dunia menentang sikap Islamofobia Barat.


"Tayyib Erdogan telefon. Dia selalu telefon, paling kurang sebulan sekali. Orang Pas kata bohong. Kali ini saya beritahu pejabat presiden supaya, rakam kami bersembang.


"Dia (Erdogan) tanya pilihanraya macam mana? Saya bagi jaminan InshaAllah 3+1+1.


"Kemudian dia beritahu, isu Islamofoia. Ada prasangka yang meluas di Barat. Jadi dia cadang supaya kami berdua cari jalan tingkatkan usaha jadi benteng melawan Islamofobia. Dia tak kata Presiden Pas. Dia lagi tak kenal Presiden Bersatu.


"Saya kata boleh. Siapkan cadangan dan dia minta saya jumpa di New York pada persidangan PBB, September ini.


"Itu kerana Malaysia diangkat kedudukan dia. Turkiye negara lebih besar dan kuat. Jadi dia minta kerjasama tangani Islamofobia, termasuk isu pembakaran al Quran," katanya.


Selain itu, PM juga mendedahkan tindakbalas Malaysia dalam kes pembakaran al Quran yang dilakukan di Sweden sejak setahun lalu.


Katanya, Malaysia bersikap keras terhadap kebiadaban seperti itu.


"Kita buat apa? Bila berlaku bakar Quran kita bantah. Menteri Luar panggil kedutaan kata ini kerja biadap. Kita tidak izinkan penghinaan kepada mana mana agama di negara kita.


"Kita arah cetak Quran 1 juta, hantar ke seluruh dunia. 15,000 Quran dalam bahasa Sweden telah dikirim ke Sweden. Kamu bakar 1 kami hantar 15,000," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page