top of page

Ketua Setiausaha Negara baharu akan umum petang ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 7, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Pelantikan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu akan dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada petang ini.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata pengumuman itu akan dibuat dalam satu kenyataan.


"Memandangkan hari terakhir Tan Sri Mohd Zuki Ali berkhidmat adalah 11 Ogos (Ahad), maka hari ini merupakan hari terakhir beliau menjadi setiausaha Kabinet.


"InshaAllah petang nanti Pejabat Perdana Menteri akan menerbitkan satu kenyataan berkenaan penganti beliau," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.


Terdahulu, Perdana Menteri pada Isnin dilaporkan berkata calon Ketua Setiausaha Negara akan diumumkan dalam masa terdekat.


Jelas pemimpin nombor satu negara itu kerajaan menghargai khidmat Mohd Zuki Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara sejak 2019.


Mohd Zuki dilantik sebagai KSN pada 31 Disember 2019 dan beliau menjawat semula jawatan itu secara kontrak untuk tempoh dua tahun mulai 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page