Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Allahyarhamah Suzana Shaharudin kembali ke ramatullah pagi tadi.
Hal itu diumumkan melalui Facebook Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek.
Suzana yang juga Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat kurang sihat sejak beberapa bulan terakhir dan jawatan Ketua Penerangan Wanita telah dipangku oleh Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Noraini Nordin.
"Salam takziah buat keluarga Suzana Shaharudin, Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat yang meninggal dunia pada pagi tadi.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atasnya dan syurga menanti Allahyarhamah," kata Fadhlina di Facebook.
Allahyarhamah yang juga isteri kepada Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin dilaporkan menghidap sakit kanser sejak beberapa lama. Allahyarhamah disifatkan sebagai seorang yang amat komited dengan perjuangan KEADILAN sejak dua dekad lalu.
Comments