top of page

Ketua Penerangan KEADILAN ikut bertanding naib presiden



Pertandingan merebut jawatan Naib Presiden KEADILAN yang diumumkan media berdepan saingan 17 penjuru pada petang semalam bertambah sengit dengan pencalonan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada malam tadi.


Menurut sumber rapat dengan beliau, pencalonan Shamsul dibuat pada pukul 11.45 malam dan beliau merupakan calon yang terakhir mendaftar sebelum pendaftaran ditutup pada pukul 11.59 malam.


Menjelaskan mengenai kelewatan beliau mencalonkan diri, Shamsul berkata tanggungjawab yang berat sebagai naib presiden menyebabkan beliau perlu berhati hati.


"Dengan sedikit pengalaman yang saya ada, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa jawatan itu datang dengan tanggungjawab yang berat, dan saya perlu memikirkan secara serius sebelum menyerahkannya. Justeru penyerahan (pencalonan) pada jam 11 (malam)," katanya dipetik.


Berkenaan pencalonan yang banyak didominasi muka muka baharu dan kalangan umur bawah 50an, Shamsul berkata kombinasi naib presiden yang ideal selepas pemilihan ini tentulah menggabungkan anggota lama dan baharu.


"Dengan menawarkan diri saya selepas beberapa siri rundingan dengan presiden, ahli parti dan penyokong, saya percaya saya boleh membantu menawarkan sekumpulan naib presiden yang bekerja yang benar-benar mewakili aspirasi dan harapan ahli parti.


"Ini mesti menjadi pasukan kerja untuk menghadapi pilihan raya umum," katanya


Selepas pencalonan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya yang juga merupakan calon naib presiden dalam Pemilihan KEADILAN 2018 lalu, maka persaingan kini menjadi 18 penjuru dan mencipta rekod tersendiri bagi posisi berkenaan.


Calon calon lain yang bertanding ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; mantan Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; bekas Pengerusi MPN Perak, Farhash Wafa Salvador; Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid


Selain itu Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chah Lih Kang; Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai; ADUN Hutan Melintang, G Manivannan; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; bekas timbalan Pengerusi MPN Perak, M A Tinagaran, ADUN Sentosa, Gunaraj George; bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; bekas Naib Presiden KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub; bekas naib ketua Pemuda KEADILAN, S Thiban; ADUN Chuah, Yek Diew Ching dan ADUN Bukit Selambau, R Summugam juga ikut bertanding.


Calon calon bagaimanapun akan melalui proses Bantahan pada 13 - 14 April, keputusan bantahan 16 April, proses Rayuan 17 - 19 April dan paparan Senarai Akhir Calon pada 20 April ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page