top of page

Ketua Pemuda Pakatan Harapan meninggal dunia akibat Covid 19


Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir Mohd Ithnin disahkan meninggal dunia hari ini.


Beliau yang juga Ketua Pemuda Amanah meninggal dunia selepas sebulan berjuang melawan Covid 19 dalam usia 34 tahun


"Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat dan rakan perjuangan kami, saudara Shazni Munir, Ketua Pemuda Amanah Nasional telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.


"Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini," kata Setiausaha Pemuda Amanah Naisonal, Asim Abdullah yang memaklumkan berita kematiannya, tengah hari tadi.


Shazni dipilih sebagai Ketua Pemuda PH pada 5 Mac 2021. Sebelum itu, pada 4 Julai 2020 belau telah dipilih sebagai Ketua Pemuda Amanah.


Shazni Munir berasal dari Segamat, Johor. Beliau lulus Sarjana Muda Pengajian Islam & Sains (Bioteknologi), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


Semasa di UM, beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) & Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page