Ketua parti Kerajaan di Wangsa Maju halusi keperluan masyarakat
- Suara Keadilan
- Jan 3, 2024
- 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid
Bagi mengisi permulaaan tahun 2024, ketua parti dalam komponen Kerajaan Perpaduan di parlimen Wangsa Maju baru baru ini mengadakan perbincangan bersama wakil rakyatnya, Ir Zahir Hassan.
Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng, pertemuan tersebut dihadiri wakil daripada AMANAH, UMNO, MCA dan MIC bagi Parlimen itu dan membincangkan hal ehwal semasa termasuk isu perpindahan penduduk Kampung Setia Jaya
"Banyak yang telah kami bincang demi kesejahteraan rakyat. Pihak YB (Zahir Hassan) telah meleraikan beberapa masalah berbangkit, antaranya cabaran MPP untuk melibatkan pemimpin komuniti setempat dari Kerajaan Perpaduan serta lantikan baru pada 2024," katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan itu lagi, dalam pertemuan terbabit Ahli Parlimen daripada KEADILAN itu turut memberi jaminan untuk memastikan pengagihan Unit Penyelarasan Tindakan (ICU) diagihkan secara telus dan saksama.
"Selain itu beliau (Zahir) juga mengatakan tidak ada sebarang permohonan peruntukkan ditolak tanpa sebab," katanya.
Tambah Andre Lai, saluran dialog seperti itu perlu dilazimkan bagi melancarkan pentadbiran Kerajaan MADANI yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Semoga komunikasi proaktif ini dapat diteruskan dari masa ke semasa untuk memantapkan lagi jaringan bersepadu parti-parti Kerajaan Perpaduan di Wangsa Maju," ujarnya.
Comments