top of page

Ketua Cabang Kudat mulakan program jelajah di DUN Tanjung Kapor

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 15
  • 1 min read

Ketua Cabang Kudat, Stefly Said berucap dalam program jelajah di PDM kawasan DUN Tanjung Kapor
Ketua Cabang Kudat, Stefly Said berucap dalam program jelajah di PDM kawasan DUN Tanjung Kapor

Oleh: Shaiful Annuar S


Program Jelajah Ketua Cabang KEADILAN Kudat, Stefly Said, di Pusat Daerah Mengundi (PDM) kawasan DUN Tanjung Kapor bermula kelmarin dengan penuh semangat apabila beliau turun padang bersama pasukan jentera parti.


Jelajah yang dijadual berlangsung dari 13 hingga 19 September 2025 itu bertujuan mengenal pasti isu tempatan selain memastikan tahap kesiapsiagaan pasukan di setiap PDM menghadapi kempen Pilihan Raya Negeri Sabah yang bakal tiba.


Pada hari pertama, sebanyak empat lokasi menjadi tumpuan iaitu PDM Suangpai, PDM Tiga Papan, PDM Tajau dan PDM Loro.


Kehadiran 40 sukarelawan memberi sokongan kepada Ketua Cabang menjadi bukti komitmen akar umbi dalam memperkukuh gerakan pilihanraya.


Menurut Stefly Said, program jelajah tersebut bukan sekadar rutin lawatan, sebaliknya platform untuk mendengar suara rakyat secara dekat serta memperkukuh koordinasi pasukan PDM.

Anggota KEADILAN turut mengambil kesempatan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia
Anggota KEADILAN turut mengambil kesempatan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia

"Harapan saya agar setiap PDM bersiap siaga dengan strategi yang lebih tersusun, berfokus kepada keperluan rakyat, serta memastikan mesej perjuangan parti dapat disampaikan dengan berkesan," katanya ketika menyampaikan amanat kepada sukarelawan di Kampung Suangpai.


Program jelajah ini akan diteruskan sehingga 19 September dengan lawatan ke PDM-PDM lain di sekitar DUN Tanjung Kapor.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page