top of page

Ketua AMK, Ketua Wanita KEADILAN ucap selamat Hari Raya Aidiladha


Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat di negara ini.


Beliau berkata, Aidiladha mengingatkan umat Islam tentang pengorbanan sepanjang menghadapi pandemik Covid-19.


"Alhamdulillah di hari yang mulia ini kita umat Islam di Malaysia, dapat sekali lagi menyambut Hari Raya korban dalam norma pandemik Covid-19 dan tidak dapat pulang ke kampung halaman.


"Kita berkorban untuk membantu yang miskin dan menginsafi nasib mereka yang lebih daif dengan melakukan kebajikan agar yang miskin tidak terpinggir. Kita terus jaga diri, kesihatan dan berharap Covid-19 akan berakhir tidak lama lagi," katanya.


Dalam pada itu, Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh berharap Aidiladha dapat memberikan kekuatan untuk terus menghadapi cabaran pandemik.


"Kita doakan dengan ujian demi ujian yang berlaku pada hari ini, semoga Allah memberikan kita kesabaran dan kekuatan untuk terus bangkit secara bersama insya-Allah. Hubungi Pusat Khidmat untuk kami bantu anda, sama-sama kita jaga kita.


"Salam perjuangan dari saya, Hajjah Fuziah Salleh yang akan terus berkhidmat untuk anda kerana Allah," katanya.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page