top of page

Ketepikan ego, kepentingan kerabat demi kekuatan bangsa, negara



Umat Islam Malaysia diminta mengambil ibrah atau pengajaran daripada sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini dengan mengenang pengorbanan agung Nabi Ibrahim a.s dan puteranya.


Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyingkap pengorbanan itu maka tanggal 10 Zulhijjah saban tahun umat Islam merayakan Hari Raya Korban.


"Menyingkap pesan agung ini kita melaksanakan ibadah korban sebagai memperingati pengorbanan suci kekasih Allah Nabi Ibrahim, Hajar dan Ismail a.s dalam ketaatan hakiki kepada Sang Khalik


"Meski serba kekurangan, di tanah serba gersang (Mekah) dalam daerah yang sepi tidak berpenghuni, namun hakikatnya tetap subur dibasahi keimanan dan kasih sayang serta keikhlasan jiwa menurut perintah yang Maha Esa.


"Pengorbanan inilah yang menjadi asas kepada sebuah perjuangan suci mengembalikan maruah umat dan menjamin keadilan buat semua," katanya dalam perutusan hari ini.


Dalam konteks semasa di Malaysia pula, menurut PM, pengajaran tersebut harus dijadikan tauladan untuk umat Islam mengorbankan ego dan kepentingan peribadi serta kaum kerabat demi mengutamakan masa hadapan generasi dan kecemerlangan negara.


"Perjuangan ke hadapan menuntut kita agar mengetepikan ego dan kepentingan kerabat serta keluarga, demi kekuatan seluruh bangsa kita, terutama mereka yang lemah dan terpinggir.


"Justeru, ibrah itu menjadi asas keyakinan kita dalam mengemban (melaksanakan) amanah dan menunaikan cita-cita para pewaris bangsa.


"Ini tekad dan sumpah kita. Bersama kita satukan kekuatan, mara demi sebuah negara yang maju, sejahtera dan ihsan terhadap rakyatnya," kata Anwar.


Manakala kepada rakyat Malaysia yang menunaikan ibadah haji di Mekah, PM mendoakan mereka beroleh haji yang mabrur dan semoga selamat pulang ke tanah air.



0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page