top of page

Ketatkan akta, henti iklan, cabul kebebasan media Malaysia - AMK




Pendedahan pengerusi kumpulan media arus perdana menyatakan kontrak iklan kepada mereka akan dibatalkan kerajaan sekiranya memberi ruang berita kepada 'individu tertentu' dianggap mengancam kebebasan media di Malaysia.


Lebih mencemaskan apabila Pengerusi Bersatu Terengganu, Senator Datuk Razali Idris mencadangkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dipinda bagi mengenakan hukuman lebih tegas kepada media yang mengkritik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, cadangan tidak bertamadun pemimpin kerajaan Perikatan Nasional itu hanya akan menjadikan demokrasi di negara ini berundur jauh ke bekalang dan media kembali ke 'zaman kelam' sekitar 1980an.


"Usaha untuk menyekat media dan menutup mulut rakyat daripada bersuara adalah langkah kebelakang, terjemahan daripada ketakutan dan sikap tidak mesra Kerajaan PN kepada media sepertimana ditonjolkan oleh Perdana Menteri yang hanya gemar membuat perutusan namun jarang membenarkan sesi soal jawab dengan media tempatan serta tidak pernah membuka ruang soal jawab kepada media antarabangsa.


"Pastinya ini akan mencemarkan imej kebebasan media Malaysia di peringkat antarabangsa dan menambah keraguan rakyat terhadap sejauh mana iltizam politik kerajaan PN untuk melaksanakan reformasi media di Malaysia," katanya.


Kata Akmal lagi, pendekatan menghitamkan kebebasan media itu amat berlawanan dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini yang mengamalkan kebebasan media sehingga media arus perdana dibenarkan menghentam kerajaan semahu-mahunya.


"Pendekatan PN amat berbeza berbanding PH sebelum ini yang komited terhadap agenda kebebasan media seperti dapat dilihat melalui laporan oleh badan antarabangsa iaitu Reporters Without Borders (RSF) dalam indeks tahunan Kebebasan Media Dunia 2020 yang menunjukkan Malaysia mengalami peningkatan amat memberangsangkan dan menduduki tempat ke-101 berbanding tempat ke-145 pada tahun 2018," katanya.


Oleh itu, Akmal menggesa kerajaan PN menghentikan sebarang cubaan bersifat drakonian menggugat kebebasan media. Industri media, katanya memainkan peranan signifikan dalam melaporkan berita yang telus supaya rakyat dapat membuat pertimbangan yang adil terhadap sesuatu isu dan usaha media ini perlulah dihargai, bukannya dicengkam.


Baru-baru ini, Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Hj Yaacub dalam kenyataannya di Facebook mengaku terdapat ugutan oleh pegawai kepada menteri atau kementerian tertentu yang ingin membatalkan kontrak iklan daripada kementerian terlibat sekiranya pihak media memberi ruang kepada 'individu tertentu'.


Banyak pihak menduga kerajaan PN semakin hilang kawalan menghadapi kritikan daripada 'individu tertentu' yang berpengaruh serta pemimpin pembangkang lainnya, dan tidak mampu dijawab dengan berkesan oleh unit propaganda PN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page