top of page

Kesusahan pemuda OKU, Nor Aliff dapat perhatian Dr Wan Azizah



Isteri Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Ahad meluangkan masa menziarahi Nor Aliff Mohd Nor yang merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal di kediamannya di Perumahan Awam Sri Johor di Cheras. Kuala Lumpur.


Dalam lawatan itu, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang tunai selain mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan rumah didiami Nor Aliff bersama dua orang lagi adik-beradiknya sejak kematian ibu dan bapa mereka.


Menurut Dr Wan Azizah, Nor Alif, 37, selain mengalami cacat fizikal turut juga menghidap penyakit jantung, kencing manis, gout dan lumpuh separuh badan.


Beliau turut berkata, bermula bulan ini Nor Aliff akan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 selain sedikit bantuan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), sebuah katil dan juga rawatan.


"Jadi, kita sedang usahakan untuk menyambung semula rawatannya itu. Kita juga akan bagi bantuan makanan untuk adik-adiknya selain akan cuba permudahkan urusan persekolahan mereka," kata Wan Azizah kepada pemberita selepas menyantuni pemuda berkenaan.


Difahamkan, Nor Aliff kini menetap bersama dua adik-beradik lain yang berusia 14 dan 16 tahun setelah kematian ibu bapa mereka.


Sementara itu menurut Dr Wan Azizah, inisitif yang dilakukan oleh YWP adalah selari dengan konsep Malaysia Madani yang mementingkan nilai murni dan ehsan dalam kehidupan harian seterusnya tidak meninggalkan golongan miskin dan daif dalam kepesatan pembangunan negara.


"Kita juga sangat mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan serta menoktahkan kemiskinan bandar seperti hasrat Perdana Menteri," kata beliau lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page