top of page

KESUMA perkenal Mahkamah Buruh Bergerak, mudah akses keadilan pekerja

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 8
  • 1 min read

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan memperkenalkan Mahkamah Buruh Bergerak melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta.


Menterinya, Datuk Seri R Ramanan (gambar) berkata, Inisiatif tersebut dijangka mula beroperasi di Semenanjung Malaysia Ogos ini bermula dengan tiga unit kenderaan bagi memudahkan akses kepada keadilan untuk pekerja dan majikan, terutamanya di kawasan pedalaman itu


"Ini adalah satu inisiatif yang akan menyenangkan proses bagi semua orang, jadi orang ramai tak payah pergi ke mahkamah. Sebaliknya mahkamah (buruh) akan datang kepada mereka," katanya dipetik.


Terdahulu Ramanan melakukan lawatan kerja dan menerima taklimat di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di Putrajaya pada Selasa.


Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan; Ketua Pengarah JTKSM, Kamal Pardi dan Timbalan Ketua Pengarah JTKSM (Operasi), Betty Hasan.


Mahkamah Buruh Bergerak merupakan inisiatif kerajaan untuk membawa perkhidmatan keadilan buruh kepada rakyat di kawasan luar bandar atau pedalaman seperti diumum dalam Belanjawan 2026.


Ia menggunakan kenderaan diubah suai menjadi bilik bicara mudah alih, termasuk bilik saksi mesra kanak-kanak dan kemudahan bicara lengkap.


Dalam pada itu, Ramanan berkata kementeriannya juga merancang memperluas inisaitif tersebut ke Sabah dan Sarawak pada masa akan datang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page