top of page

KESUMA anjur Luncheon Talk, dekati golongan belia



Oleh: Azuan Ab Rahman

Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Steven Sim Chee Keong pada Jumaat merasmikan Luncheon Talk - Dasar Sumber Manusia Dari Perspektif Belia.


Kementerian itu melalui satu kenyataan media memaklumkan, acara yang diadakan di Menara PERKESO, Kuala Lumpur itu merupakan program iringan sempena Sambutan Hari Pekerja 2024.


"Luncheon Talk yang julung kali diadakan berkongsi pendapat dan maklum balas berkenaan Dasar Sumber Manusia dan dihadiri oleh 120 belia terdiri alumni Yayasan Sukarelawan Siswa, wakil Majlis Belia Malaysia, dan pelajar-pelajar Universiti Awam serta Universiti Swasta.


"Dalam majlis, perkara seperti pekerja sektor gig, kemahiran di peringkat Institut Pengajian Tinggi, ketidakpadanan pekerjaan dan pasaran kerja adalah antara maklum balas yang diterima," kata kementerian itu.


Selain itu, belia yang hadir ke acara itu turut berpeluang mendengar Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara 2024-2030.


KESUMA turut berkongsikan iltizam baharu 3K iaitu Kebajikan, Kemahiran, Keberhasilan Pekerja


Pada acara itu, Sim turut menyarankan golongan belia melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran untuk mengharungi era globalisasi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page