top of page

Kesibukan tidak halang Menteri turun padang aktiviti Ramadan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 3, 2023
  • 1 min read


Kesibukan sebagai Menteri Komunikasi dan Digital tidak menghalang Fahmi Fadzil melakukan aktiviti Ramadan yang biasa dilakukannya bersama penduduk di parlimen Lembah Pantai seperti tahun sebelum ini.


Semalam beliau berkunjung ke beberapa surau untuk berbuka puasa dan solat tarawikh bersama penduduk setempat.


"Selesai menghadiri beberapa surau-surau sekitar Lembah Pantai sepanjang hujung minggu ini untuk berbuka puasa dan solat terawih.


"Hari ini saya hadir ke Surau Wataniah Delima untuk berbuka puasa dan solat maghrib. Selepas itu, saya pergi ke Surau Al-Ikhwan Mutiara untuk solat isyak dan terawih.


"Saya bersyukur atas kesempatan yang diberikan dan insyaAllah saya cuba singgah lagi di beberapa surau dan masjid di sekitar Lembah Pantai," katanya dalam catatan di Facebook.



Sebelum itu beliau bersama NGO PTY mengadakan acara edaran bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di Lembah Pantai.


Kesempatan itu digunakan untuk menyapa penduduk yang mengenalinya sejak sedekad lalu di kawasan tersebut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page