top of page

Kesesakan SK Cyberjaya : Ahli Parlimen akan bertemu PM



Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu akan merujuk semula isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pertimbangan selanjutnya.


Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, isu mendesak itu telah dimajukan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dan menterinya, Fadhlina Sidek.


Selain itu perbincangan mengenainya telah diadakan bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang.


"Sejak tahun lepas, beberapa tindakan dan cadangan telah dimaklumkan oleh PPD Sepang kepada saya dalam menghadapi situasi ini.


"Ia termasuklah penyuraian pelajar ke beberapa sekolah berhampiran, rancangan penyediaan bangunan kelas kabin sementara menanti bangunan SK 2 Cyberjaya siap dan kewajaran menyewa bangunan sementara untuk dijadikan sekolah dan kelas," katanya dalam satu kenyataan.


Isu kesesakan di SK Cyberjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila murid terpaksa belajar dalam kelas yang padat.


Sekolah berkenaan dilapor mempunyai 13 kelas dan setiap kelas menempatkan 50 orang murid.


KPM dalam satu kenyataan kemudian memaklumkan, pihaknya mengambil langkah sementara melalui penyuraian murid ke beberapa sekolah berdekatan


Selain itu pembinaan kabin 12 buah bilik darjah tambahan turut diluluskan sebagai penyelesaian jangka pendek sementara menanti SK Cyberjaya (2) dijangka siap pembinaannya pada 2028

Pada Sabtu, Aiman Athirah mengadakan perbincangan dengan pegawai PPD Sepang dan seterusnya melawat ke lokasi cadangan awal bangunan sekolah sementara SK Cyberjaya 2 di CoPlace 13 Cyberjaya.


Lawatan berkenaan bagi merundingkan beberapa hal untuk kepentingan, kesejahteraan dan keselesaan murid di sekolah berkenaan.


"Saya komited untuk membawa isu-isu ini kembali ke perhatian Menteri Pendidikan dan Perdana Menteri untuk dipertimbangkan seihsannya.


"Saya yakin kerajaan Malaysia Madani akan sentiasa menimbangkan yang terbaik untuk kelestarian pendidikan negara," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page