top of page

Kesederhanaan, Islam ditafsir secara betul kekuatan Malaysia - Anwar



Negara Malaysia yang berbilang kaum hanya akan berjaya dan dihormati sekiranya mengamalkan pendekatan bersederhana dan mentafsir ajaran Islam secara tepat bersesuaian situasi persekitaran.


Hal itu diungkapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam syarahan ulung Kursi Siddiq Fadzil bertajuk Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan di Dewan Canselor Universiti Selangor (Unisel), Bestari Jaya hari ini.


Menurut Anwar, Almarhum Siddiq sebagai ilmuan Islam yang istimewa, bukan kerana rakan karib beliau, tetapi antara ahli akademik yang terawal berjuang memberi pencerahan kepada umah menolak gerakan takfiri dari Mesir yang tempiasnya melanda Malaysia beberapa dekad lalu.


"Di Mesir muncul gerakan menganggap kita sahaja yang benar dan mengkafirkan yang lain. Maka Siddiq dan kita (dalam gerakan Islam) ketika itu turut merasakan isu itu harus ditangani kerana tempias pengaruh itu sampai ke sini. Maka Siddiq mengupas dalam karya beliau apa yang cuba diolah oleh pemimpin gerakan ikhwan (penentang takfiri) ketika itu.


"Kita ini pencerah, pembaharu dan pendakwah. Jangan ambil tugas kadi atau hakim yang menghukum


"Kerana orang itu tidak sependapat dengan kita, kerana kabilah lain atau dia itu parti lain, terus kita buat hukuman yang keras sebagaimana kita lihat dalam media sosial dan TikTok yang popular.


"Jadi maknanya kita pendakwah bukan penghukum. Kerana penghukum (hakim) itu ada kaedahnya yang tetap," katanya.



Sehubungan itu, Anwar menyeru supaya anak muda di institusi pengajian tinggi bangkit dari lena didodoi oleh tafsiran Islam yang bersimpang siur kepada konsep yang lebih murni dan sesuai dipraktikkan dalam kalangan berbilang kaum.


Katanya, fahaman keras hanya akan merugikan negara buat jangka masa panjang.


"Sudah sampai ketikanya bangkit generasi baharu, orang muda yang menolak fahaman jumud dan merugikan bangsa. Bangkit sebagai satu kekuatan. Anak Melayu yang pintar bersama anak Cina, India, Iban dan Kadazan yang pertahankan nilai, akidah, akhlak, kebenaran dan keadilan, bangkit kekuatan baru masyarakat Madani di Malaysia.


"Saya punya keyakinan besar di Unisel dan mahasiswa keseluruhannya, kerangka pemikiran kita yang mendorong perubahan dengan memastikan masyarakat bersatu utuh, dan pendidikan membawa semangat perpaduan berteraskan bangsa dan agama," katanya.


Terdahulu, Anwar dalam syarahannya menekankan konsep keyakinan yang teguh terhadap kerangka pemikiran yang betul dalam menentukan hala tuju kehidupan.


Kata beliau, tidak cukup bicara soal madani, pertumbuhan ekonomi, reformasi pendidikan tanpa kerangka pemikiran dasar yang jelas.


Bagi beliau tanpa kerangka jelas maka manusia hanya akan jadi penerobos dan penciplak semata mata.


"Apa identitinya, apakah kerangka pemikiran yang akan menjadi pegangan kita?


"Malek Benabi menyebut kerangka itu adalah keyakinan, sama ada kita guna istilah akidah, idealogi, doktorin ia berteraskan keyakinan. Keyakinan mesti diterjemahkan dari sudut dasar. Apakah dasar pendidikan, ekonomi, sosial?


"Dasar ini mesti berteraskan nilai dan akhlak. Ini kekuatan Siddiq Fadzil, membicarakan Islam dan Melayu kerana pembenturan idea yang panas ijtihad dan trend, dia memilih untuk menjelaskan semula (berdasarkan situasi dan latar Malaysia).


"Karya kecil tetapi sangat bernilai. Malah saya dalam parti, dalam KEADILAN saya wajibkan pimpinan baik Melayu, Cina, India, Dayak membaca. Kita perlu faham Islam bukan dari tafsiran pelbagai, tetapi apa yang kita yakini dan benar.


"Islam yang menetapkan nilai dan nilai itu mengatasi sentimen kaum, kelompok serta menetapkan guiding adea berkenaan keamanan dan kemanusiaan, untuk karya Siddiq Fadzil kita mesti memahami kerangka dasar ini," katanya lagi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page