top of page

Kecacatan perjalanan PRN di beberapa DUN Selangor perlu siasatan rapi



Kecacatan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu terutama di Selangor perlu disiasat secara rapi.


Menurut sumber pengurusan pilihanraya KEADILAN Selangor, kejadian di DUN Sungai Kandis yang mana hampir 2,000 kertas undi dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dikembalikan ke kotak undi mungkin turut berlaku di DUN lain yang mana Pakatan Harapan (PH) atau BN tewas tipis.


Siasatan, kata sumber itu, boleh menentukan sama ada prosedur pilihanraya sedia ada perlu diperbaiki, pilihanraya semula perlu diadakan bagi DUN terjejas atau peraturan SPR perlu diperketatkan.


"Ribuan kertas kertas undi (di DUN Sungai Kandis) tidak dikembalikan, kotak undi ditukar atau Borang 14 tidak selari dengan Daftar Pengundi yang hadir mengundi


"Kes kes sebegini dikhuatiri berlaku di seluruh negara," kata sumber itu yang tidak mahu dinamakan.


Sebelum ini, sistem atau akta yang memantau perjalanan pilihanraya sering dipertikaikan dan dikaitkan dengan penipuan oleh Pakatan Rakyat ketika Pilihan Raya Umum 1999, 2004 dan kemuncaknya pada 2013 apabila undi popular Pakatan Rakyat ketika itu mencatat 52% dan BN 48% tetapi masih gagal menubuhkan Kerajaan Persekutuan.


Seharusnya sistem pilihanraya, termasuk kaedah persempadanan semula dikaji semula selepas PH ketika ini memimpin kerajaan pusat yang berkuasa ke atas SPR.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page