top of page

Kes tampar atlet: Siasatan terhadap jurulatih diteruskan



Siasatan terhadap jurulatih bola tampar yang mengasari dua atlet remaja perempuan bulan lalu diteruskan, kata Menteri Belia dan Sukan.


Menterinya, Hannah Yeoh berkata perkara itu diputuskan pihaknya walaupun jurulatih berkenaan telah memohon maaf, manakala salah seorang bapa kepada remaja tersebut telah menerima permohonan maaf tersebut.


"Ibu bapa dan exco Kerajaan Negeri telah bersuara tetapi kementerian akan meneruskan siasatan kami secara bebas kerana ini bukan mengenai seorang jurulatih atau dua pemain itu tetapi contoh yang akan kita tunjukkan untuk generasi akan datang dalam sukan.


"Menteri Pendidikan Fadhlina Siddiq dan saya sepakat dalam hal ini," ciap Yeoh di laman Twitter.


Rakaman insiden yang berlaku pada 14 Dis itu semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja U14 Malaysia itu tular sehingga menarik perhatian ramai.


Jurulatih itu didakwa berang selepas pasukannya tidak mempamerkan aksi seperti yang diharapkan.


Warganet dan pimpinan politik kemudiaan mendesak kerajaan didesak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap jurulatih tersebut.


Semalam, bapa kepada salah seorang pemain yang ditampar itu berkata, anak perempuannya mahu jurulatih itu dikekalkan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page